Bunuh Eric | Sebutan semula kes pasangan suami isteri 29 Julai

2022-06-21 1

Mahkamah Majistret Kuching menetapkan 29 Julai depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas.

Majistret Zubaidah Sharkawi berkata, tarikh baharu itu bertujuan menunggu laporan forensik yang masih belum selesai.